JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di jepang menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada siapa saja yang sanggup membayar uang sejumlah US$250 .
yang lebih mengherankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan malam yang eksotik dan menjijikkan itu.
Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia inginkan kehidupan tanpa dikekang alat kelaminnya.
Beberapa hari selepas ulang tahunnya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang organ jantannya dan segera menawarkannya kepada siapa saja yang berminat untuk memakannya.
Di halaman Twitter dia menulis:
"[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut)sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak sesuai kehendak pembeli, di lokasi yang telah dipilih"
Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran di Tokyo.
tidak ada tindakan yang dilakukan oleh pihak pemerintah terhadap perbuatan menjual dan memakan kemaluan seperti ini di jepang kerana undang-undang negara itu tidak
menghalang "Canibalisme".
Klik disini untuk melihat videonya